Jumaat, 11 November 2011

MENGIKUT ATAU MENGIKUTI



TATABAHASA: MENGIKUT ATAU MENGIKUTI
AYAT YANG SALAH
*  Ibu mengikut abang keluar secara senyap-senyap untuk mengetahui
   tempat dia pergi.
*  Adik
mengikuti ayah ke majlis makan malam tahunan syarikat di

   sebuah hotel.

Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah kerana mengikut bermaksud pergi bersama-sama sementara mengikuti bermaksud mengekori.

AYAT YANG BETUL
1) Ibu mengikutiabang keluar secara senyap-senyap untuk mengetahui
    tempat dia pergi.

2) Adik mengikutayah ke majlis makan malam tahunan syarikat di
   sebuah hotel.
TATABAHASA: MENGISI DAN MENGISIKAN
AYAT YANG SALAH
* Pelajar-pelajar diminta mengisi maklumat peribadi dalam ruang pada 
  borang.
* Pekerja itu sedang
mengisikan botol-botol kosong dengan minyak

  masak.

Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah kerana mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi sementara mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang.

AYAT YANG BETUL
1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam ruang
    pada borang.
2) Pekerja itu sedang
mengisi botol-botol kosong dengan minyak masak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...