Rabu, 2 November 2011

RANCANGAN MENGAJAR DIDIK HIBUR (ASPEK SENI BAHASA)


BAWANG PUTIH BAWANG MERAH


CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Kelas
Tahun 2
Masa
8.45-9.45 Pagi
Standard Pembelajaran
4. 2.1  / Literasi : 3.8
Tema / Tajuk
Cerita Rakyat / Bawang Putih Bawang Merah
Objektif
Pada akhir pembelajaran ini murid-murid berupaya :
1.    Mengujarkan sekurang-kurang lima daripada lapan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan diksi yang tepat melalui penceritan secara didik hibur.

2.   Membaca dan memahami lima frasa daripada lapan yang mengandungi perkataan yang ada imbuhan awalan dan akhiran
Aktiviti  pengajaran dan pembelajaran.







Aktiviti Literasi


1.    Menunjukkan bahan maujud (bawang merah dan bawang putih) kepada murid .
2.   Guru bersoal jawab tentang bahan yang ditunjuk.
3.   Guru mencetuskan idea yang berkaitan dengan cerita rakyat.( bawang putih bawang merah )
4.   Guru memaparkan petikan cerita, murid mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas dan tepat melalui penceritaan dengan bimbingan guru.
5.   Tayangan slaid cerita bawang putih bawang merah.
1.    Murid membaca frasa pada kad yang dipaparkan dengan sebutan yang betul.
2.   Murid mengenal kata berimbuhan awalan dan akhiran.
EMK
TMK – Belajar melalaui TMK
Nilai Murni – Sayang menyayangi / hormat-menghormati
Keusahawanan –  Bijak membeli barang keperluan.
Bahan Bantu Belajar
Komputer Riba, projekter, kad perkataan, bahan maujud
Lembaran kerja.
Penilaian
Murid mengujarkan  ayat majmuk dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas.
Murid membaca perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Refleksi
___ daripada 25 murid berupaya mengujarkan ____ayat majmuk dengan sebutan yang betul dan intonasi yang jelas.
____ daripada 5 murid berupaya membaca ____ perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.




BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Pada zaman dahulu tinggal dua orang gadis yang bernama Bawang Merah dan Bawang Putih tinggal di sebuahkampung.BawangPutih adalah adik tiri Bawang Merah.Emak tiri dan adik tiri sangat cemburu akan kecantikan Bawang Merah.


Pada suatu hari, putera raja terdengar akan lagu yang dinyanyikan oleh Bawang Merah dan ingin mengahwininya. Emak tirinya pula hendak mengahwinkan  anaknya Bawang Putih dengan putera raja, tetapi putera raja mengetahui akan muslihatnya .Walaubagaimanapun putera raja berjaya mengahwini Bawang Merah dan hidup bahagia bersamanya.




Lembarankerja.
Namamurid:_______________________


Tahun:_________
Salin lima ayat majmuk berdasarkan petikan cerita.


1.____________________________________
2.____________________________________
3.____________________________________
4.____________________________________
5.____________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...