Selasa, 8 November 2011

KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM


TATABAHASA : KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM

BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM

1.  Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
    a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
            
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di   

                   utara
                 - diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan
2.  Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan
    imbuhan ke
    a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul -
ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua,  

                   kekasih
3.  Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
    a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa)
        = dari - dari belakang, dari Perak, dari semalam b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur   
        mujarad
    - sumber atau asal kejadian sesuatu benda
    - perbezaan dan perbandingan
    - daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4.  Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
    a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b)
betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5.  Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
    a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b)
betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni 

        padi

6.  Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
    a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b)
betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7.  Menggandakan kata selepas saling
    a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling

        bermaafan

8.  Pembentukan ayat pasif
    a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
    Surat itu telah kami hantar. (betul) b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
    Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
    Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9.  Penggunaan –kan menggantikan akan
    a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10.  Menjarakkan imbuhan pinjaman
    a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...