Isnin, 26 Disember 2011

Apakah Sudah Tiada Sikap Berhemah Pengguna Jalan Raya ?



Kemalangan jalan raya perlu dibendung. Pengguna harus berhemah semasa menggunakan jalan raya. Apa kita akan rasa jika kemalangan yang berlaku melibatkan keluarga kita kerana sikap kita. Simpatilah kepada pengguna jalan raya yang lain. Berhati-hatilah dan berhemahlah semasa menggunakan jalan raya. Semoga kemalangan jalan raya semakin berkurangan.

Sabtu, 19 November 2011

MAMPUKAH KITA BERBAKTI SEBEGINI UNTUK IBU


Sebuah kisah benar yang patut di jadikan iktibar.. Hawa udara di Changchun , Tiongkok, sangatlah dingin. Li Yuanyuan mengangkat sang ibu yang lumpuh kedua kakinya sambil menggendong putrinya yang berusia dua tahun buru-buru ke rumah sakit karena sang ibu terkena serangan jantung lagi. Orang-orang yang berlalu lalang di jalan memandang mereka bertiga dengan mata terbeliak, semua takjub melihat seorang wanita yang kelihatannya kurus lemah justru memiliki tenaga untuk mengangkat satu orang sambil menggendong satu lagi…
Menurut laporan “City Evening Post”, di pagi buta, 13 februari 2008, Li Yuanyuan telah memakaikan baju bagi anak dan sang ibu yang baru sembuh dari sakitnya. Jam 10 pagi, Yuanyuan bercangkung di depan sang ibu, meletakkan kedua kaki ibu di pinggangnya lalu mengangkat sang ibu, kemudian menggendong putrinya yang berdiri di atas tempat tidur. Kedua tangan Yuanyuan dipakai untuk menyangga sang ibu, sedangkan sang ibu membantu merangkul cucunya melalui leher Yuanyuan. Dengan cara inilah tiga orang tersebut saling berangkulan dengan susah payah keluar dari rumah sakit. Sang ibu telah lumpuh selama 21 tahun, selama 21 tahun itu pulalah Yuanyuan terbiasa mengangkat sang ibu keluar masuk rumah sakit.
Ketika Yuanyuan berusia 7 tahun terjadilah sebuah kecelakaan lalu lintas yang benar-benar telah merubah kehidupannya. Karena kecelakaan ini ibunda mengalami kelumpuhan pada kedua kaki yang dipersulitkan lagi dengan menghilangnya sang ayah. Sejak saat itu, Yuanyuan menjadi tulang punggung rumah tangga. Karena tidak ada penghasilan Yuanyuan menghidupi keluarga dengan menjadi pekebun, wang hasil kerja kerasnya habis terpakai untuk mengurus sang ibu. Rasa bakti Yuanyuan kepada orang tua sangat menyentuh hati jiran meraka, banyak jiran tetangga yang dengan sukarela memberi bantuan kepada sang ibu dan putrinya ini. Karena sepanjang tahun hanya mampu baring, otot kaki sang ibu sering kejang, sakitnya tak terhingga.
Ada seorang jiran yang berkerja sebagai seorang dokter tradisional tua, setiap hari membantunya memberikan terapi akupunktur terhadap ibu Yuan-yuan, bahkan mengajarnya menggunakan teknik akupunktur sederhana. Sejak berusia 11 tahun sampai sekarang, Yuanyuan sudah dapat menggunakan teknik akupunktur untuk meringankan rasa sakit ibunya. Tiga tahun yang lalu, Yuan-yuan menikah, setahun kemudian, Yuanyuan melahirkan seorang putri.
Namun di mana pun dan kapan pun, Yuanyuan tidak pernah meninggalkan sang ibu, dia dan suaminya bersama-sama memikul tanggung jawab mengurus sang ibu. Meskipun rumah tangganya tidak terbilang kaya, mereka sangatlah puas. Sang ibu berkata, terkenang masa 21 tahun ini meskipun penuh penderitaan, namun dia sangat puas, dia merasa diri-nya sama dengan orang tua lain yang juga telah menikmati kehangatan keluarga. Bagi Yuanyuan, selama 21 tahun ini, dia merasa dirinya sangat bahagia, karena dia adalah seorang anak yang masih memiliki seorang ibu. "Saya rela menjadi tongkat ibu sepanjang hidup……"

Jumaat, 18 November 2011

Mana hilangnya rasa kemanusiaan?



Pada 13 Oktober 2011, di Nanhai Foshan City, Cina, seorang budak perempuan yang sedang bermain-main di sebuah pasar tiba-tiba dilanggar oleh sebuah van yang lalu pada ketika itu. Pemandu van itu yang pada mulanya tidak sengaja terlanggar budak tersebut, telah menberhentikan vannya. Tetapi apabila menyedari yang dia telah melanggar seorang budak, untuk kali kedua dia melanggar budak itu dan pergi begitu sahaja. Apabila ditanya oleh polis kenapa dia berbuat demikian, dia berkata, pada ketika itu dia terfikir, kalau budak itu mati, dia cuma perlu membayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 sahaja, tapi kalau budak tu hidup, dia terpaksa menanggung akibatnya seumur hidup. Jadi dia terus melanggar dengan harapan budak tersebut akan mati. Itulah dasar undang-undang yang dijalankan di Cina, yang mana kalau kes langgar mati hukumannya adalah lebih ringan jika dibandingkan dengan kes langgar hidup. Pelik betul. Berbalik pada kejadian tadi, budak perempuan tu yang pada ketika itu masih bernyawa dan sedang menggeletar kesakitan dalam keadaan cedera parah, dilanggar pula untuk kali yang ketiga oleh sebuah kereta. Dan apa yang lebih menyedihkan, dia tidak dihiraukan langsung oleh mereka yang lalu-lalang pada ketika itu. Mereka hanya memandang dan berlalu tanpa memberikan apa-apa bantuan. Lebih kurang 20 orang yang lalu dalam tempoh tersebut. Hinggalah akhirnya lalu seorang wanita yang bertindak untuk menyelamatkan budak tersebut.

Jumaat, 11 November 2011

MENGIKUT ATAU MENGIKUTI



TATABAHASA: MENGIKUT ATAU MENGIKUTI
AYAT YANG SALAH
*  Ibu mengikut abang keluar secara senyap-senyap untuk mengetahui
   tempat dia pergi.
*  Adik
mengikuti ayah ke majlis makan malam tahunan syarikat di

   sebuah hotel.

Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah kerana mengikut bermaksud pergi bersama-sama sementara mengikuti bermaksud mengekori.

AYAT YANG BETUL
1) Ibu mengikutiabang keluar secara senyap-senyap untuk mengetahui
    tempat dia pergi.

2) Adik mengikutayah ke majlis makan malam tahunan syarikat di
   sebuah hotel.
TATABAHASA: MENGISI DAN MENGISIKAN
AYAT YANG SALAH
* Pelajar-pelajar diminta mengisi maklumat peribadi dalam ruang pada 
  borang.
* Pekerja itu sedang
mengisikan botol-botol kosong dengan minyak

  masak.

Huraian:
Kedua-dua ayat di atas salah kerana mengisi bermaksud menjadikan sesuatu bekas atau ruang berisi sementara mengisikan bermaksud memasukkan sesuatu ke dalam bekas atau ruang.

AYAT YANG BETUL
1) Pelajar-pelajar diminta mengisikan maklumat peribadi dalam ruang
    pada borang.
2) Pekerja itu sedang
mengisi botol-botol kosong dengan minyak masak


PENGGANDAAN





TATABAHASA: PENGGANDAAN

PENGGANDAAN
Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.


Tiga Jenis Penggandaan
a) penggandaan penuh
b) penggandaan separa
c) penggandaan berentak


Penggandaan Penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Contohnya:
pulau-pulau
suku-suku
tinggi-tinggi
cantik-cantik

buku-buku
kura-kuratiba-tiba
mata-mata
fail-fail
pemimpin-pemimpin

kehendak-kehendak
pelatih-pelatih
persatuan-persatuan

petugas-petugas
pelajar-pelajar

Penggandaan Separa
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Contohnya:
berlari-lari

sepandai-pandai
berturut-turut
kejar-mengejar

tolong-menolong
kasih-mengasihi
lelaki

tetamu
sesiku

Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.


Contohnya:
Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Bebas
sayur-mayur

gunung-ganang
anak-pinak
kuih-muih

mundar-mandir
saudara-mara
hina-dina

bolak-balik
titik-bengik
Kata ganda perlu diletakkan tanda sempang (-).

PEMAJMUKAN



TATABAHASA: PEMAJMUKAN
PEMAJMUKAN
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Contohnya:
jalan raya
tengah hari
lebuh raya
warga kota
bandar raya

atur cara
kereta api
sari kata
ambil alih

urus setia
susun atur
reka bentuk
maklum balas

kemas kini
kertas kerja
gambar rajah

Kata yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan.

antarabangsa
beritahu
bumiputera
jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
olahraga
matahari
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya


Perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu dieja bercantum juga

peribadi (kn)
peribahasa (kn)
dinihari (kn)
hulubalang (kn)
perikemanusiaan (kn)

padahal (kh)
darihal (kh)
barangkali (kh)
kadangkala (kh)
apakala (kh)
walhal (kh)
bagaimana (kt)


Pengimbuhan kata majmuk

Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
Contohnya:
diambil alih
menerima pakai
kenal pastikan
diguna semula

bercampur aduk
berurus niaga

Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya:
pengambilalihan
pengenalpastian
mencampuradukkan
pengemaskinian

diurusniagakan
kedayaserapan
menggarispusatkan

menyatupadukan
persuratkhabaran
penguatkuasaan

penambahbaikan
menguatkuasakan

sukacita (ka)
dukacita (ka)
kepada (ksn)
daripada (ksn)
apabila (kh)
manakala (kh)

padahal (kh)
darihal (kh)
barangkali (kh)
kadangkala (kh)
apakala (kh)walhal (kh)
bagaimana (kt)


Pengimbuhan kata majmuk
Kata yang menerima awalan atau akhiran sahaja ditulis sebagai dua perkataan.
Contohnya:
diambil alih
menerima pakai
kenal pastikan
diguna semula

bercampur aduk
berurus niaga
Kata yang menerima apitan ditulis sebagai satu perkataan.
Contohnya:
pengambilalihan
pengenalpastian
mencampuradukkan
pengemaskinian

diurusniagakan
kedayaserapan
menggarispusatkan

menyatupadukan
persuratkhabaran
penguatkuasaan

penambahbaikan
menguatkuasakan
Penggandaan kata majmuk
Kata yang dieja bercantum hendaklah digandakan keseluruhan kata atau unsur.
Contohnya:
tandatangan-tandatangan

setiausaha-setiausaha
pesuruhjaya-pesuruhjaya

warganegara-warganegara
jawatankuasa-jawatankuasa

kakitangan-kakitangan
Kata yang ditulis terpisah digandakan pada unsur atau kata pertama sahaja.
Contohnya:
alat-alat tulis
gambar-gambar rajah
balai-balai raya

suku-suku kata
garis-garis pusat k

apal-kapal terbang
Menteri-Menteri Besar

Naib-Naib Canselor
Penolong-Penolong Pendaftar

Ketua-Ketua Menteri

KATA PEMERI



TATABAHASA : IALAH DAN ADALAH
1. Jika contoh sebelum ini tentang rumus ATM untuk membezakan penggunaan "dari" dan "daripada", pada kali ini, baik juga jika diutarakan rumus tentang kata pemeri "ialah" dan "adalah". Ramai juga pengguna bahasa keliru untuk menggunakan, sama ada "ialah" atau "adalah".

2.   Kata "ialah" digunakan di hadapan frasa nama.
    Contohnya:
    Bapa saya ialah pegawai di bank itu.

3.   Kata "adalah" digunakan di hadapan frasa sendi nama dan frasa adjektif.
    Contohnya: Keterangan tentang hal itu adalah seperti yang tertera pada borang.
    Contohnya: Kenyataannya adjektif.
    Contohnya: Keterangan tentang hal itu adalah seperti yang tertera pada borang. 
    Contohnya: Kenyataannya adalah benar.

4.   Untuk mengingati atau menguasai rumus ini, agak sukar jikalau
        kita tidak menguasai golongan kata. Oleh itu, disarankan agar kita
        menguasai hal ini dengan sebaik-baiknya.

5. Namun begitu, cuba lihat penjelasan di bawah.
    ialah - sebelum frasa nama
    ialah - nama
    = kata "ialah" ada dua huruf "a"
    = nama pun ada dua huruf "a"
    adalah- sebelum frasa sendi nama
    adalah– sendi
    adalah - sendi
    = kata "adalah" ada huruf "d"
    = sendi pun ada huruf "d"dan ada bunyi "di"
   adalah - sebelum frasa adjektif
   adalah - adjektif
   = dua huruf pertama "adalah" ialah "ad"
   = dua huruf pertama "adjektif" pun "ad"

Selasa, 8 November 2011

KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM


TATABAHASA : KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM

BEBERAPA KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM

1.  Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di
    a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara
            
- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan
b) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di   

                   utara
                 - diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan
2.  Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan
    imbuhan ke
    a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
b) betul -
ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua,  

                   kekasih
3.  Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada
    a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa)
        = dari - dari belakang, dari Perak, dari semalam b) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur   
        mujarad
    - sumber atau asal kejadian sesuatu benda
    - perbezaan dan perbandingan
    - daripada guru besar, daripada getah, daripada markah

4.  Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)
    a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
b)
betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5.  Tidak menggandakan kata bilangan himpunan
    a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padi
b)
betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni 

        padi

6.  Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan
    a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
b)
betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7.  Menggandakan kata selepas saling
    a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
b) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling

        bermaafan

8.  Pembentukan ayat pasif
    a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
    Surat itu telah kami hantar. (betul) b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
    Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
    Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

9.  Penggunaan –kan menggantikan akan
    a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
b) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10.  Menjarakkan imbuhan pinjaman
    a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadah
b) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...